Petang tadi aku berkesempatan duduk duduk sambil minum di sebuah restoran makanan segera milik 'Melayu'-KUB..dah lama aku tak kesini.Hari ini aku kebetulan menunggu anak yang balik dari kuliahnya.
Semasa aku nak mengambil tempat untuk minum, aku terpandang sebuah meja yang kosong.Aku rasa meja itu sesuai untuk aku yang perlu masa dalam setengah jam sementara menunggu anak aku sampai.
Bangga juga rasanya duduk direstoran makanan segera 'orang Melayu'.
Duduk dimeja bersebelahan maja aku, dua sahabat sedang asyik bersembang.Kedua-duanya nampak cukup khusyuk dengan topik perbincagannya.Oleh kerana meja tu terlalu hampir, aku dapat mendengar perbualan dua sahabat tu dengan jelas.Sembang Politik UMNO.Macam-macam cerita la yang aku dengar.Tentunya tak lari dari cerita PM,TPM,peraliahan kuasa dan banyak lagi.Rancak juga mereka bercerita dengan dan sekali sekala direncah dengan gelak ketawa.Pada mulanya tak ada yang menarik pada aku.Cerita-cerita retorik.Cerita-cerita hikayat UMNO yang diturunkan dari mulu ke mulut.
Sehinggalah aku terkejut beruk bila salah seorang darinya membawa kesah pertandingan UMNO bahagian Merbuk diKedah."Hang Tau Tajol lawan ngan Azmi kat Merbuk, lawan pencalunan di cawangan sampai ahli cawangan bertumbuk" ..."satu kumpulan calon Tajol satu lagi calun Azmi,..bergaduh!..last sekali pakat bertumbuk". Begitu antara lain cerita seorang kawan tu.
MasyaAllah.Aku terkejut, kalau betul ini boleh berlaku diMerbuk.Bahagian atau Parlimen Merbuk tu dulu Ahli Parlimennya Menteri Kewangan Malaysia, Bendahari UMNO Malaysia, kemudian penggal baharu dulu Ahli Parlimennya Menteri Penerangan Malaysia.Tak ke hebat tu. Macamana pulak sekarang ni sampai ahli cawangan boleh bertumbuk.Pada hal baru saja pada peringkat pencalonan.Kalau gitu tak hairanlah UMNO kalah di Merbuk dalam PRU baru ni.Masalah pemimpin-pemimpin Bahagian rupanya. Ya lah kalau tak silap aku Datok Azmi tu Ketua Bahagian, yang Datok Tajol pula Naib Ketua Bahagian masa PRU dulu. Dan kedua-duanya bertanding Seorang Parlimen seorang Dewan Undangan Negeri,dan kedua-duanya pun KALAH.
Dah macam tu pun bergaduh sakan lagi?Memang Umno dah berubah..tak seperti 'dulu'..lain 'kini'..dan adakah 'selamanya' buat UMNO.Aku dengar juga, bukan setakat mereka berdua saja yang menawarkan diri bertanding Ketua Bahagia.Saudara Karim, Ketua Pemuda pun menawarkan diri juga.Bayangkan kalau bertumbuk kali ni dari tiga puak.Tiga puak bertumbuk dalam satu masa ,satu tempat, dan bermusuh antara ketiganya,antara satu dengan lain.MasyaAllah...tak dapat aku bayangkan.
Itu baru cerita dari Merbuk, tempat yang dulunya aman.Dibahagian yang dulu dah kucar kacir, macamana pulak lah ceritanya tu.
Aku sekadar dipinggiran...dengar-dengar cerita melihat karenah....
1 comment:
Selamat berbuka puasa broo!
Post a Comment